PELAKON Farid Kamil mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping foto bersama seorang wanita di laman Instagram miliknya pada Ahad. Foto yang dirakam ketika menghadiri malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) pada Sabtu lalu itu disertakan dengan kapsyen romantis seolah-olah memberi bayangan mengenai soal hati. Menerusi hantaran tersebut, Farid atau Farid Kamil Zahari, 45, menyifatkan pertemuan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak pernah dirancang namun seperti sudah lama tertulis dalam takdir.Ramai mendoakan supaya Farid Kamil bertemu jodoh kembali. “Ada pertemuan yang tidak pernah kita rancang, namun terasa seolah-olah telah lama tertulis dalam takdir. Dua jiwa, dua perjalanan, dua cerita kehidupan. Akhirnya dipertemukan pada waktu yang hanya Allah mengetahui hikmahnya.“Mungkin kita tidak bertemu untuk sekadar mengisi kekosongan hati, tetapi untuk saling mengenali, memahami dan memperbaiki diri.“Aku tidak menjanjikan perjalanan tanpa ujian. Namun, jika Allah mengizinkan, biarlah langkah ini bermula dengan Bismillah, disertai keikhlasan dan berakhir dengan reda-Nya,” tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kemelut rumah tangga berakhir, Farid Kamil dan Diana Danielle bercerai kali keduaARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun rujuk, Diana Danielle mahu failkan cerai terhadap Farid KamilDalam masa sama, aktor ini turut menitipkan doa agar ikatan yang terjalin bukan sekadar di dunia, malah berkekalan hingga ke syurga. “Kerana cinta yang paling indah bukan sekadar menemukan dua hati, tetapi membawa kedua-duanya semakin dekat kepada Ilahi.“Mungkin kita dipertemukan bukan secara kebetulan, tetapi kerana ada hikmah yang sedang Allah aturkan. Jika benar kita ditakdirkan bersama, semoga bukan hanya di dunia, tetapi hingga ke syurga,” kongsinya selain meletakkan ‘Ku Laksamana Cinta’ di penghujung nukilannya.Farid dan Diana sah bercerai pada 24 Mac 2025.Susulan perkongsian penuh makna itu, rata-rata pengikut mula berteka-teki mengenai identiti individu berkenaan dan menganggap wanita tersebut merupakan teman istimewa Farid memandangkan pelakon itu kini berstatus solo.Untuk info, Farid pernah mendirikan rumah tangga bersama Diana Danielle pada 3 November 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10. Bagaimanapun, pasangan tersebut sah bercerai sebanyak dua kali iaitu pada 10 Ogos 2023 dan 24 Mac 2025.TONTON VIDEO PILIHAN!