suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenangan arwah bapa pembakar semangat Anis Suraya genggam Sarjana dengan CGPA 4.00

Anis turut membuat persembahan dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi.

SELEPAS dua tahun berjuang, penyanyi Anis Suraya akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Persembahan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Majlis Istiadat Konvokesyen ke-28 pada Rabu.

Lebih membanggakan, Anis atau nama sebenarnya Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman, 46, berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00.

Berkongsi mengenai kejayaan itu, Anis berkata pencapaian tersebut didedikasikan khas buat arwah bapanya yang menjadi individu pertama mengenal pasti bakatnya dalam bidang seni sejak kecil.

Selain Anis, Tomok (kanan) dan pelakon Zulkifli turut tamatkan pengajian.

Menurut Anis, bapanya merupakan penyokong utama yang sentiasa memberikan galakan untuk mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian dan seni persembahan.

“Arwah abah orang pertama yang nampak bakat saya dan dialah penyokong utama sejak kecil. Abah galakkan saya menyanyi, menyokong saya mengikuti kelas piano, tarian dan koir, selain mendorong saya menyertai pertandingan nyanyian.

“Sejak zaman sekolah lagi, abah selalu merakam persembahan saya dan menyimpan rakaman itu sebagai kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anis Suraya enggan kembali ke dunia seni, impian peminat lihat sertai Gegar Vaganza tidak akan berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Kes cerai taklik Anis Suraya didengar semula 14 Okto

“Apabila saya mula menjadi artis Suria Records (SRC) pada 1998, abah rajin mengumpul dan menampal keratan akhbar serta majalah setiap kali ada cerita mengenai saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Anis, pesanan bapanya supaya tidak mudah mengalah dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara menjadi pegangan sehingga hari ini.

Justeru, dia menganggap kejayaan menamatkan pengajian pada tahap cemerlang itu sebagai hadiah istimewa buat insan tersayang yang banyak berjasa dalam perjalanan seninya.

Saya rasa abahlah orang yang paling gembira.

ANIS SURAYA 

PENYANYI

“Sebab itulah saya dedikasikan kejayaan ini buat arwah abah. Kalau abah masih ada hari ini, saya rasa abahlah orang yang paling gembira.

“Selain itu, sokongan dan berkat doa suami serta anak-anak juga menjadi penguat semangat saya,” ujarnya.

Anis dan Zulkifli teruja sepanjang majlis konvokesyen.

Dalam pada itu, Anis mengakui proses penilaian dan pengiktirafan pembelajaran terdahulu menerusi Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan (APEL.Q) turut hadir dengan cabaran tersendiri.

Katanya, cabaran utama adalah untuk menterjemahkan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh secara praktikal kepada bentuk penghujahan akademik yang berasaskan teori, bukti serta analisis kritis.

Sebagai pengamal seni, jelasnya, kebanyakan keputusan artistik dibuat berdasarkan pengalaman, latihan dan pertimbangan ketika membuat persembahan.

Namun, dalam konteks akademik, setiap keputusan tersebut perlu dihuraikan menggunakan konsep yang jelas serta disokong dokumentasi relevan.

Tomok, Anis dan Zulkifli sedang menanti giliran.

“Saya perlu meneliti semula rakaman, bahan arkib dan pengalaman persembahan untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam pendekatan interpretasi vokal sepanjang tempoh kajian.

“Proses ini menuntut ketelitian kerana refleksi terhadap pengalaman sendiri perlu dilaksanakan secara objektif dan tidak hanya bergantung kepada ingatan atau penilaian peribadi.

“Pada masa sama, pengurusan masa antara tanggungjawab keluarga, pengajaran dan komitmen seni turut memerlukan disiplin yang konsisten,” katanya.

Artikel Lain