suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patutlah isi pisang mudah rosak dan lebam, rupanya ramai buat silap waktu simpan di rumah

Menggantung pisang boleh mengelakkan ia daripada cepat rosak.

PISANG merupakan antara buah-buahan yang mudah didapati dan sering menjadi pilihan untuk dijadikan snek atau hidangan pencuci mulut.

Namun, buah ini juga mudah lebam dan cepat masak sehingga kulitnya bertukar hitam jika tidak disimpan dengan betul.

Ramai yang terbiasa meletakkan pisang di dalam mangkuk bersama buah-buahan lain, sedangkan cara penyimpanan memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesegarannya.

Menurut perkongsian pakar dalam bidang pengendalian buah-buahan, terdapat tiga faktor utama yang perlu diberi perhatian ketika menyimpan pisang, iaitu pengudaraan, risiko lebam dan suhu.

Antara kaedah yang boleh dicuba adalah dengan menggantung pisang menggunakan pemegang khas bagi mengelakkannya daripada bersentuhan dengan permukaan buah-buahan lain.

Kaedah itu membantu mengurangkan risiko pisang terhimpit atau terhentak, sekali gus mengelakkan kerosakan pada isi buah.

Selain itu, pisang menghasilkan gas etilena iaitu hormon tumbuhan yang membantu mengawal proses pematangan.

Apabila buah semakin masak, penghasilan gas ini boleh meningkat dan merangsang proses pematangan dengan lebih cepat.

Menurut Daniel Barabino, ketua pegawai operasi pemborong pisang Top Banana, pengudaraan yang baik membantu gas etilena tersebar, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan.

Oleh itu, menggantung pisang boleh membantu memanjangkan kesegarannya selama beberapa hari kerana kaedah itu membolehkan pergerakan udara di sekeliling buah tersebut.

Selain itu, bahagian atas tandan pisang juga perlu diberi perhatian kerana kawasan yang dipotong boleh menjadi tempat pelepasan gas etilena.

Membalut bahagian tangkai dengan plastik pembungkus makanan boleh membantu mengehadkan penyebaran gas dari kawasan itu. -Agensi

Artikel Lain