PENGGUNAAN kuku palsu atau fake nails kini semakin popular sebagai sebahagian daripada trend kecantikan dan gaya hidup.Namun di sebalik kecantikannya, terdapat risiko kesihatan yang tidak boleh dipandang ringan. Jika pemasangan serta penjagaannya tidak dilakukan dengan betul, ruang kecil yang terhasil antara kuku palsu dan kuku asli boleh menjadi tempat terkumpulnya kelembapan sekali gus menggalakkan pertumbuhan kulat.Keadaan itu boleh menyebabkan onikomikosis, iaitu jangkitan kulat pada kuku.Menurut pakar dermatologi AmerikA Syarikat, Dr Viktoryia Kazlouskaya, kuku palsu itu sendiri bukanlah sesuatu yang semestinya berbahaya, tetapi cara pemasangan, kebersihan serta penjagaan kuku memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko jangkitan.Bagaimana jangkitan berlaku?Kelembapan daripada aktiviti harian seperti mencuci tangan boleh terperangkap di celah antara kuku asli dan kuku palsu, terutama jika terdapat ruang atau bahagian kuku yang mula terangkat.Bahan akrilik yang keras juga boleh terangkat pada bahagian tepi dan menghasilkan ruang kecil yang sesuai untuk kulat serta mikroorganisma membiak.Bagi kuku jenis press-on, penggunaan pelekat yang tidak sekata turut berpotensi menghasilkan ruang udara yang memerangkap kelembapan.Antara tanda awal yang perlu diperhatikan ialah:- Kuku berubah warna menjadi kekuningan atau kecokelatan.- Muncul bintik atau tompok putih pada kuku.- Kuku mula menebal dan menjadi rapuh.- Kuku terangkat atau terpisah daripada bahagian bawahnya.- Kuku berubah warna menjadi kehijauan, yang boleh menandakan jangkitan bakteria sekunder.Pemasangan serta penjagaan kuku palsu yang tidak dilakukan dengan betul menggalakkan pertumbuhan kulat. -Gambar hiasanSelain kelembapan, kebersihan peralatan di salon turut memainkan peranan penting.Peralatan yang digunakan berulang kali tanpa proses pembersihan dan pensterilan yang betul boleh menjadi medium penyebaran kulat serta bakteria daripada seorang pelanggan kepada pelanggan lain.Satu lagi perkara yang sering dipandang ringan ialah proses mengikis kuku asli sebelum kuku palsu dipasang.Pengikisan yang terlalu agresif boleh menipiskan lapisan pelindung kuku dan menyebabkan kecederaan kecil pada permukaannya.Keadaan itu berpotensi memudahkan mikroorganisma memasuki kuku.Antara tanda amaran ketika kuku sedang dikikis ialah rasa terlalu panas, pedih atau menyengat.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja nampak ‘glowing’, rupanya ada banyak manfaat ‘body oil’ untuk kulitJika kuku mula menunjukkan perubahan warna, menebal, rapuh atau terangkat, jangan anggap ia sekadar kesan daripada penggunaan kuku palsu.Sebaliknya, dapatkan pemeriksaan doktor kerana beberapa masalah kuku lain, termasuk psoriasis kuku, boleh mempunyai tanda yang hampir menyerupai jangkitan kulat.Bagi mereka yang gemar menggunakan kuku palsu, memberi rehat kepada kuku asli secara berkala boleh membantu memantau keadaan kuku serta mengesan sebarang perubahan lebih awal.Selain itu, berikut merupakan antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kuku rosak:- Pastikan tangan dan kuku dikeringkan dengan sempurna selepas mencuci tangan.- Elakkan membiarkan kuku palsu yang sudah longgar terlalu lama.- Jangan kikis kuku asli secara berlebihan.- Pastikan peralatan salon bersih dan disterilkan dengan betul.